BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 22, 2010

Youtube, Google, Facebook, seks dan porno carian terbanyak kanak-kanak pada 2009

Terkejut tgk statistik carian terbanyak melalui google engine. Patutlah kes pembuangan bayi yang makin berleluasa sekarang ni. Me, personally memang merasakan golongan ni adalah terdiri daripada golongan yang tidak berperikemanusiaan. Sedangkan kucing sayangkan anak, inikan manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras. Alasan bahawa si perempuan memang mahu kan anak tersebut, tapi takutkan si jantan yang mengugut akan meninggalkannya membawa kepada pembuangan anak tersebut memang tidak boleh diterima akal. Padahal, banyak langkah lain yang boleh diambil. Salah siapa? Antara penyebab yang mungkin membawa kepada peningkatan kes ini ialah yang nyata, kelimpahan video-video seks melayu yang makin bertambah dan senang diperolehi. Memang sebab utama terjadinya perkara-perkara yang tidak diingini. Mengikut perhatian i la kan, masuk je shopping kompleks, memang boleh tengok anak muda kita yang berpakaian seksi dan terdedah. Memang untung la lelaki-lelaki, boleh cuci mata. Benda free depan mata kan. tapi benda tu boleh dielak.

Contohnya masa i ngan family p solat awal muharram.. lepas tu kan ada tazkirah.. i sangat kagum dengan ustaz yang bagi tazkirah tu, Masa dia bagi ceramah, tak sekalipun dia memandang ke jemaah wanita.. Beliau hanya memandang ke arah jemaah lelaki. Dan bagi i, memang itu yang sepatutnya dilakukan, sekiranya kita terpandang benda-benda yang boleh menimbulkan maksiat @ kejahatan, ada option lain yang kita boleh ambil. Banyak tempat lain yang boleh dipandang untuk mengelak perkara tersebut. Tapi, kalau sekarang ni, ternampak je awek seksi, bukan nak pandang tempat laen ditenung sampai hilang kelibat la. Hmm, minta dijauhkan benda-benda tersebut daripada keluarga i..



Selingan : Sayu hati bila dengar kes-kes pembuangan anak. Kalau la diorg bagi kat i. Senang-senang je diorang dapat padahal i, tak putus-putus berdoa untuk dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Sebelum tidur, i akan berdoa kepada Allah untuk dikurniakan zuriat secepat mungkin untuk i dan suami. Penah i dengar, 'Allah S.W.T tidak akan memberi ujian/dugaan kepada hamba-hambaNya melebihi kemampuan mereka' . tapi bagi i, memang i dh tak mampu. rasa bersalah kepada suami kerana masih belum mampu memberi anak. Rasa malu kepada semua orang.. Penat menjawab bagi mereka yang bertanya. Bukan i tak nak. tapi i belum diberi rezeki.. Ya ALLAH, sekiranya engkau telah takdirkan bahawa aku memang tidak layak menjadi seorang ibu, maka engkau ambillah nyawaku kerana aku tidak mampu menanggung derita ini.. Aku memnta bukan hanya untuk diriku, tapi segalanya untuk suami yang aku cintai. amin

5 comments:

Manja Chevera said...

Salam.
Insya'Allah babe.
Kita sama2 berdoa.

farysa said...

wahhh
hebat kanak kanak sekarang!

eikasyaza said...

Manja Chevera : amin...

farysa : tu la... hebat kan.. huh, mintak simpang la adik2 kita

ISZA said...

bila segalanya di hujung jari.. ibubapa yang paling penting main peranan.. susah sangat ke nak pantau anak2 tu..

eikasyaza said...

tu la.. rasanya,biar anak2 susah sket.. ni kecik2 dah bagi segala hp, internet..budak2 zaman skang.. cepat je nak meniru..yg elok xpe..ni yg xsenonoh plak

 
\