BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 31, 2010

Video ni buat saya happy

Luckyly i found this video..really cheers me up. Hehe.. awal-awal cari video barney nak tunjuk kat anak sedara. Tetiba terjumpa video ni.. Dah lama dah..i je yang baru nak tengok.. budak2 ni pon dah besar panjang..huhu..xkisah la.. asalkan boleh buat i tersenyum and happy..



Best kan.. cute gila charlie gelak jahat.. comel sesangat..dah banyak kali tengok pon asyik gelak ja.. hope i pon akan dapat bb yang comel cam diorang (berangan) hehe.. kalo stress len kali ble tengok lagi video nie.. enjoy!!!!!

Sunday, May 30, 2010

I'm Not In A Good Mood


I'm starving but i have no mood to eat. i feel like to watch tv, but i have no mood to do so. I can't stop thinking about that bitch.. Betina gatai.. Benci benci.. Why can't i be the first? Kenapa perlu dia muncul lagi?? Kenapa aku jadi macam ni? kenapa aku dah berubah? kenapa aku tak boleh buang rasa marah and dendam tu? Semakin lama semakin sensitif dan emo. Pantang ada benda salah sikit. How long i have to be like this. I don't even know myself anymore. Like i've being someone else. I wish to take some time to release all this. I wish to fly away from here to other place.
I wish my father was here so that i won't be the way i are right now. i'm confused. I hate myself. I want to forget, but there's something stop me to do that. I want to be like before. But, how can i? I need to stop crying. I'm tired for all of this. Dear Allah, please help me..i'm begging u.. amin

Saturday, May 29, 2010

Hutang Korang Dah Setel.....


Hari ni bertekad nak selesaikan hutang tag diorg nih.. So, kumpul dua jawab sekali harung..hehe

1st tag is from
Cik Neyshak (Geng Adamaya)

1. tindakan anda bila dengar bunyi kilat dan petir
Pegi tutup semua tv, laptop, cabut plag and dok diam2..cool tak..hehe

2. reaksi anda bila ada orang mengutuk anda
Confirm kutuk balik.. Jahat kan.. Tapi kdg2 biarkan je.. Buang masa layan orang macam tu

3. reaksi anda bila TERjumpa dengan artis favourite
Errr, buat apa eh.. lari kot..sebab takooottt..Ye la..P ramlee kan dah tak da..hakhak

4. maxis or celcom
Dua-dua ada.. Hp kan ada dua

5. TIGA bad habit
Kentut kuat
Korek idung sampai rasa bersih hinggakan serangga pon selalu masuk
Bangun lewat ( nikmatnya tido )

6. apa yang anda lakukan bila ada orang lain sebuk dengan hal anda
Gi taruk cabai kat mulut dia.. eh tak de la.. biarkan je kot..Malas amek port

7. apa reaksi anda bila TERkentut busuk / kuat di khalayak ramai
Relaxs je la..anggap diorang tak dengar..hahaha

RANDOM QUEST. BOUT UR RELATIONSHIP
1. the date u have declared with ur first couple
Alamak..xingat la.....
2. apa yang anda lakukan sekiranya anda merindui bf anda
Sure call @ message je

3. adakah anda mempercayai bf anda 100%
Nope. Kene tinggal percent tu kat diri sendiri gak

4. how ur first date with ur 1st couple
Nervous..my heart can't stop beating

5. adakah anda rasa bf anda pandai pujuk
Hmm, Bley la...

6. reaksi & tindakan anda bila bf anda habiskan kredit untuk orang lain
Ntah..sebab credit abes untuk dia ja..hehe

7. what r u goin to do if ur besties have a relation wit ur ex
Erm, i have no ex..kalo ada pon xkisah

8. adakah anda akan menelefon bf anda jika disuruh
Mesti la..saya kan gf solehah..hahaha

9. reaksi anda bila bf anda masih berhubungan dengan ex dy.
Let me go..seriously.. saya xsuka org tak jujur

2nd tag from cik adah.. Thanxs ye...

Link and thank the person(s) who awarded you
State 7 things about yourself

Pass this to 15 bloggers~

7 things about me,myself and i... =)

1) Saya suka hijau
2) I have taken
3) Hobi tido
4) Suka makan
5) Suka shopping
6) Agak garang
7) Gossiping itu feveret

huhu.. Nak tag gak orang lain

tu je kot..selamat menjawab..hehe..lupa lak..pilih je yang mana korang nak buat okei..

Susuk 'power' darah babi


KUALA LUMPUR: Demi nafsu, segolongan wanita dan lelaki sanggup mendapatkan bantuan bomoh untuk memasukkan susuk ‘power’ pada bahagian sulit masing-masing, malah sesetengah daripada mereka membiarkan diri ditusuk puluhan jarum supaya tampil lebih hebat di ranjang.

BUANG...seorang pesakit yang mendapatkan rawatan Perubatan Islam Sinar Zamdurrani.

Bagi golongan wanita terbabit, mereka percaya dengan kuasa yang ada pada susuk itu mampu menghasilkan kekuatan ekstra, manakala bagi lelaki pula dapat bertahan lebih lama ketika bersama.

Mendedahkan perkara itu, Pengamal Perubatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie, berkata pemakaian susuk kini bukan hanya untuk tujuan kecantikan, mendapatkan pengaruh di mata umum dan menjadi kebal, malah didorong kepuasan seksual.

Katanya, kebanyakan golongan yang memakai susuk pada anggota sulit membabitkan pelayan pelanggan (GRO), dengan tujuan menambat hati lelaki yang melanggani mereka.

“Bagi lelaki susuk pada anggota sulit supaya tahan lama dan lambat lebam, manakala di kalangan wanita untuk mendapatkan kemutan, malah ada juga wanita yang memasukkan susuk pada bahagian buah dada untuk kelihatan lebih tegang.

“Apabila benda itu dimasukkan pada bahagian sulit, keinginan seksual menjadi kuat, mahu bersama sehingga lima atau enam jam, terutama di kalangan GRO yang ramai memakainya,” katanya, yang pernah mengeluarkan susuk daripada bahagian sulit golongan terbabit.

Berita sepenuhnya : Harian Metro

p/s : Buat ape la nak pakai semua tu. bersyukur je la dengan pemberian Tuhan. Semua benda khurafat tu jauhkan la.. tak dapat ape pon kalo berdamping dengan jin tu.. adey la.. tak sangka ada lagi benda-benda camni zaman moden nih... mintak simpang la. takot wooo...

Blogwalking Award 2010


I dapat Blogwalking Award 2010 tau.. Jangan jeles..hehe

This award come from miss TTT yang cantek and famous.. Thank you very much my dear laling..hehe.. Tak sangka eh, blogwalking pon dpt award. But, i admit it memang i selalu blogwalking pon sampai nipis tapak kasut..eh, nipis jari la..hehe...
So, i rasa nak hargai jugak kengkawan yang selalu blogwalking kat blog i neh.. the nomination goes to :



sila abaikan gambar di atas

Friday, May 28, 2010

Good Bye 'P'


Good bye 'P'..its been two years we've been together.. banyak kenangan terindah.. disebabkan 'P' la banyak orang membuli aku di jalan raya. himpit-himpit sampai langgar divider...tapi ada juga yang prihatin bagi chance disebabkan 'P'.. Sepanjang dua tahun bersama, kita dah tempuhi banyak dugaan bersama.. kita penah dilanggar lembu...wait!!!!!!! ye memang dilanggar lembu, bukan kita yang langgar beliau ok.. nasib baik lembu tu pengsan ja.. Ketika bersama 'P' juga la accident dengan moto kapcai ngan mintak claim tak hengat.
Tapi kini semuanya sudah berlalu.. Jodoh antara kita sudah tiada. Bukan aku tidak suka pada 'P'.. tapi perjanjian kita hanya sementara... So, good bye 'P'......
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/



Thursday, May 27, 2010

Celebrities Who Stink


For week 13 (b), i have to blog about which celebrities i think need deodorant. Hehe. Quite hard to say but i have to.. And the winners are....

Hot Couple : BRAD PITT AND ANGELINA JOLIE


Don't get offended! You could be hyper-hygienic and you'd still ooze odors ? Maybe because they are actor and actress that always involved in action film or movie. So, when they finished the action part, they obviously gonna get sweat. Deodorant is important for them to remove the stink. They will meet their fans either and they won't clean themself immedietly. So, the deodorant will help them. Yuukkss, i also won't get near them if they are stinky. Angelina also involved in Humanity Program that make her travel and visit poor people. Another point for the to get stink because she is busy and only can take a bath once a day.. Its just maybe.. Enough to say, being celebrties is very big responsibilty. You have to work hard to take of your performances and appearance. Believe me, stink odor is important think to take care of..

So, please Brangelina.. Use this! Even when you guys on action, there's no problem for stinky matter.. The only solution for true.. I've used it and its suits me.. Fresh all day long..


While reading, lets watch latest episode of project alpha 2..





Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Saman lagi

Malangnya.. Asyik kena saman ja..huhu.. pdrm dah banyak kali remind suh bayar.. ade sedape nak sedekah RM 30 tak..ehehe..nyesal lak daftar kat MyEG.. dah la tak dapat diskaun.. RM 30 tu lepas makan pizza tau tak..tak pon mcD.. malas ah nak bayar.. agak-agak sangkut tak kalo nak bayar roadtax? hmm....



klik untuk tumbesaran yang sihat

Wednesday, May 26, 2010

Sleep is good

Sleep is good to :
rest my body
clear my mind
recover injury
diet (if you sleep you wont eat..hehe)
dream (wonderful and not bad dream okei)
bring back my energy
calm me from angry
So, jom la tido..hehe.. thats what i do bila rasa sedih, nak marah, geram, letih and macam-macam lagi lah. i make sure to wake up tomorrow with smile..best..hehe

p/s : eat is good too..haiiyyaa..

Pening Kepala


Aku pening bau macam-macam. diorang buat kenduri. makanan letak dalam bilik aku. Bau bawang, bau kuah laksam, bau nasi lemak... waaahhh tensen.. bau menusuk hidung sampai pening kepala. Macam mana nak stay sampai petang nie. mau muntah darah la ni. dah la petang semalam buat puding jagung, tapi terlupa bawak.. sapa la nak makan kat rumah tu. wajib la aku sedekah kat anak sedara aku yang dua orang tu..huhu

okei..lepat ubi dah dapat hari ni..nyum nyum.. makaroni bakar pon ada.. SEDAP!!
today is makan-makan day!

Tuesday, May 25, 2010

To Eat List

Wah orang lain buat to do list, aku sibuk buat to eat list.. Lalala.. Pedulik..

Buah Salak Madu - Sesapa yang dok Sabah, boleh tolong belikan tak?? hehe
Spagetti Bolognise kat pizza - Tunggu en. Bai dapat gaji. Dia mau belanja
Lepat ubi - Sudah order
Jelly kelapa - Dah buat sendiri walaupon tak jadi lagi sedap
Pulut Durian - Esok boleh makan
Murtabak - Dah lama tak makan. Malas beli. Ada sapa nak sedekah?
Gulai mak buat
Oblong beger - malam ni p cari


list makanan yang lain akan dihapdet dari semasa ke semasa. harap maklum


Monday, May 24, 2010

Saya Sudah. Anda?

Tadi pi spital sebab ada appointment dengan Gynea. Doktor pakar check perut semua normal, tak de pape. Result darah pon okei. Waaa..tension. Apsal nih kalau semua ok napa tak menjadi lagik.. Tetiba dok kata "kita buat PAP SMEAR lah"... I just like "WHAT!!!!!!!!"
Tapi time tu tiba-tiba jadi berani dan tak tengok langsung peralatan yang diorang guna. Ikut je ape yang nurse suruh. Tak malu dah sebab i memang dalam usaha untuk preggy. Mungkin lepas wat pap smear, doc akan tau punca... Haha.. Perasaan i? Ngeri kah? Sakit kah? hehe.. So, kat bawah ni ada penjelasan mengenai pap smear. I cadangkan bagi wanita yang telah berkahwin @ yang telah mengamalkan gaya hidup seksual aktif untuk melakukan ujian saringan Pap Smear ni untuk masa hadapan..

Apa itu ujian Pap Smear?

Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Apa itu Serviks?

Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.

Siapakah yang perlukan ujian PAP?

Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap terutamanya:
Mereka memulakan hubungan seks pada usia <>
  1. Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
  2. Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
  3. Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
  4. Perokok
  5. Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.
Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?

Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.
Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.

Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?

Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehknya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.

Aku Merinduimu

Abah
Seandainya kau ada di sini,
Ketika ini,
Akan ku cium tanganmu,
Akan ku peluk mu setiap waktu,
Akan ku mohon ampun maaf dari mu,
Akan patuhi segala perintah mu,
Akan ku kongsi kejayaanku dengan mu,
Dan akan ku bantu segala kesusahan mu..

Abah,
Tetapi kini,
Ketika ini,
Kau pergi meninggalkan ku,
Terasa seperti kehilangan sebahagian daripada diriku,
Tidak untuk kau mewalikan ku,
Telah ku tangisi pemergianmu setiap waktu,
Juga ku doakan syurga bagi mu,
Dan ku pohon untuk menanggung segala seksa mu,
Semoga Tuhan menyayangi mu..

Abah
Tak kan luput dari ingatan ku,
Sehingga nyawa tercabut dari ku,
Tak kan ku berhenti mendoakan mu,
Agar di akhirat kita dapat bertemu,
Tidak lah ku sabar untuk berjumpa dengan mu,
Dapat lah ku menunaikan apa yang terbuku di hatiku

Amin..
Terasa rindu yang teramat kepada arwah abah sehingga tidak sedar jari jemariku bermadah..

Sunday, May 23, 2010

Pandu Cermat Jiwa Selamat

Waaa.. baru hari ini boleh meluahkan perasaan yang terbuku di dalam hati. Sebab sudah tidak tertahan lagi asyik kena buli secara tidak langsung oleh pemandu-pemandu yang kurang sopan.

Kes 1 : Tengah sakit perut nak balik cepat nak uk uk. tapi ada makhluk Tuhan yang sangat mementingkan diri di depan saya bawak kereta tengah-tengah line. Sangat tension walaupon dah hon berbakul-bakul tak jugak berganjak. Ingat jalan tu dia punya? Orang lain pon bayar tax jugak. Cel*k* betoi la.

Kes 2 : Di Simpang empat tengah tunggu trafik light hijau, tetiba ada kereta myvi landing sebelah kereta saya. Nak ke kanan mungkin. Lampu dah hijau and masing-masing jalan, saya nak masuk kanan sampai ja kat corner, tiba-tiba myvi sial tu himpit kereta saya dan menyebabkan tayar kereta saya terlanggar divider jalan sampai pecah cup. nasib baik cup kalau sportrim memang aku kejar sampai lubang cacing. Bodoh betul perempuan tu. Ko dok lane ko je la.. yang nak masuk lane orang lane nape.. Akai xdak ke. Sabar eika sabar..Eeee..Geram

Kes 3 : Banyak kali berhadapan dengan manusia-manusia yang pendek akal di mana tak pandai nak guna signal yang ada. Kalau tak mau guna, cabut buang je la kan. Hidup asyik menyusahkan orang je. Salah ke bagi signal sebelum potong. Banyak kali tau saya terkejut. Tak suka tak suka. Nyampah

Lain-lain kes akan dihapdet dari semasa ke semasa okei. Sesape nak tambah pon boleh, akan dihapdet cerita anda sekali dengan cerita saya. Sila sila..


Pandangan Mata Seorang Lelaki

Persoalan untuk kaum Adam :
Sekiranya anda melihat seorang perempuan. Apakah yang bermain di fikiran? Kecantikannya, bentuk tubuh badan, pemakaiannya, lenggok jalannya atau sebagainya? Adakah anda cuma sekadar melihat dengan pandangan kosong dan kemudian berpaling ke tempat lain? Hanya sekadar bertanya. Tak de maksud di sebaliknya..

Sebab 1 hari masa i dengan family solat di masjid masa awal tahun ni, i agak kagum dengan seorang ustaz ni. After je solat, ade ceramah. tirai jemaah wanita dibuka dan ceramah dimulakan. sepanjang ceramah, mata ustaz tersebut tidak sekali pon berpaling ke jemaah wanita. Tidak sekali pon. Jadi, mulai dari hari tu, saya berpendapat sekiranya ada pilihan, alih lah pandangan mata mu. Tapi memang berat nak dilaksanakan sebab pusing kanan nampak 'lurah' pusing kiri nampak peha. Macam sengaja disaji untuk 'free show'. Dan sekali lagi untuk dinyatakan bahawa i bukan lah sebaik-baik manusia dan jauh sangat untuk menjadi sempurna. Sekadar pertanyaan dan perkongsian.

Saturday, May 22, 2010

Takut Wooo

Current Situation :

Ngeri jugak tengok drama Perigi Kontang tu. tengah main skang kat TV 3.. scary.. 1st time ni rasa berdebar-debar tengok cita seram melayu.. ish, rasa macam tak sanggup nak tonton sampai habis.. Kejap-kejap tukar channel, tengok transporter.. nak gugur-gugur anak.. tak kuasa nyah..

Ade sesape lagi tak tengah tengok cite tu?? Nanti mintak tolong bagitau ending yerk.. Adey, nyampah tol..

♥ Geng Belalang ♥

Kena tag oleh En. Matdin a.k.a Geng Belalang i.. hehe.. Kalo nak kenal, boleh la melawat beliau kat bawah ni..
So, meh tengok apa tag kali nie..

(a) Tulis 23 perkara rawak (random) tentang diri anda (tak kisah ler benda tu fakta ke angan-angan ker imaginasi ker tentang 'body' ker awek, pakwe, makwe etc.)

1. Suka hijau
2. Suka makan
3. Hobi tido
4. Paling best shopping
5. Gossiping perkara wajib
6. Paling malas jawab tag
7. Terfikir sapa la buat tag ni
8. Kucing adalah feveret saya
9. Sayang orang sekeliling
10. Addicted to blogging
11. Benci perokok
12. Menyampah dengan peragut
13. Berangan nak jumpa Tun Mahathir
14. Nak bela kuda ( hahaha)
15. Tak suka dipuji (takut riak)
16. Tak suka memuji
17. Puji belakang, kutuk depan-depan (okei?)
18. Sangat suka budak-budak
19. Gila Bleach
20. Tiap-tiap bulan beli RAPI
21. Suka masuk contest
22. Tak penah menang pon
23. Nak tag orang lain

(b) Tag lak benda ni kepada rakan blog anda (sekurangnya 5 orang)

(c) Kalau tak ikut peraturan, di mana keseronokan "TAG-TAGGING" NI

Spa peraga gadis bercoli

PETALING JAYA: Sebuah pusat spa dikesan mempamerkan gadis bertubuh montok yang hanya berseluar dalam dan bercoli bagi memikat pelanggan berkunjung dan melanggan gadis terbabit untuk memuaskan nafsu di dalam bilik yang disediakan.
Kegiatan licik pemilik terbabit terbongkar apabila pusat itu yang beroperasi di Sri Damansara di sini, diserbu awal pagi semalam.

Serbuan dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Kongsi gelap dan Perjudian (D7) Bukit Aman itu menahan 12 wanita warga China berusia 20 tahun hingga 25 tahun dipercayai pelacur.

Dua lelaki tempatan berusia 32 tahun dan 37 tahun dipercayai pengurus dan kapten spa terbabit turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Jurucakap polis berkata, hasil pemeriksaan, dua daripada wanita terbabit tidak memiliki dokumen pengenalan diri manakala selebihnya memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial.


Katanya, spa di tingkat tiga bangunan kedai itu dipercayai beroperasi sejak dua tahun lalu dikesan berselindung di sebalik perniagaan hotel.


Beliau berkata, dalam operasi berkenaan, polis turut menemui beberapa peket kecil serbuk dadah dipercayai syabu digunakan wanita terbabit.

“Spa yang terletak dalam sebuah hotel itu tidak mempunyai lesen, malah menawarkan khidmat seks lima bintang kepada pengunjung hotel di situ.

“Pengunjung yang menginap di hotel berkenaan boleh menempah wanita di spa terbabit manakala pengunjung spa hanya perlu membayar RM208 bagi mendapatkan khidmat seks di 10 bilik yang disediakan,” katanya.

Jurucakap polis berkata, semua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bagi tindakan selanjutnya.

Mesti Baca : Makin menjadi-jadi.. Dunia akhir zaman la katakan. Anyway, masa i jadi panel untuk star rating hotel, i ada la inspec 1 hotel nie. nama dirahsikan eh, then kena inspect semua tempat la. contoh kantin, cafe, toilet etc. next, sampai kat pusat urut tradisional yang hotel outsource tu, i masuk la kat dalam. tukang urut tak de, just tokey je.. masuk tengok tempat urut, agak mencurigakan sebab tilam diletak atas lantai, pencahayaan kurang and banyak minyak cam baby oil tu. kalau betul la urut tradisional, mesti pakai minyak panas bagai kan.. Hmm, tapi premis tu berlesen.. I rasa curiga plak.. Adey..

Petikan : SUMBER

Friday, May 21, 2010

Bacalah Wahai Saudara-Saudara Islam ku

Bacalah... Tanda - tanda Kiamat

Anas Radhiallahu 'Anhu berkata, sabda Nabi S.A.W :

" Kiamat tidak akan berlaku sehingga........
Ilmu akan berkurangan
Zina berleluasa di mana-mana
Bilangan wanita semakin ramai (nisbah 1 lelaki = 50 wanita)

Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim

Saidatina Aisyah Radhiallahu "Anha berkata, sabda Nabi S.A.W :

" Kiamat tidak akan berlaku sehingga........
Anak menjadi punca kemarahan ibu bapa
Hujan akan rasa panas
Orang jahat semakin ramai
Orang berhati/berakhlak mulia semakin berkurang
Kanak-kanak berani derhaka kepada orang tua-tua
Orang yang rosak akhlak sudah berani mencabar orang mulia

Hadis riwayat Imam Tabrani


Rasanya hampir kesemua perkara-perkara di atas sedang berlaku dan tidak akan berhenti sehingga kiamat. Zina?? Tidak terbilang kes-kes yang dilaporkan. Yang tidak dilaporkan?? Lagi la banyak sehingga tak dapat difikirkan dek akal. Zina jugak lah yang menjurus kepada pembuangan anak luar nikah yang bilangannya kian bertambah. Selalu aku ku fikirkan, kalau lah Allah memberikan anak-anak itu kepadaku, akan aku jaga sebaiknya mengikut kemampuanku. Tapi aku redha dengan ujian Tuhan Maha Esa. Ada hikmah disebaliknya.
Setiap perkara yang disebutkan di atas sudah terang dan nyata dengan bukti-bukti di dalam akhbar dan ada juga sesetengah perkara yang berlaku di hadapan mata kita sendiri. Anak sendiri sanggup mencedera/membunuh ibubapa sendiri. Kerana apa? kerana bisikan syaitan yang meminta berbuat sedemikian. Astagfirullah.. Sedarlah anak-anak, syurga di bawah telapak kaki ibu.
Aku bukan lah baik, terlalu jauh dari sempurna untuk menasihati kalian saudaraku, cuma ingin berkongsi apa yang aku baca.. Masih jauh lagi perjalanan dan masih banyak lagi ilmu dan amalan yang perlu dicari untuk dibuat bekalan kelak. Oleh itu, mari lah kita berfikir sejenak.. Moga hidup kita diberkati dan dijauhkan segala yang mungkar. Amin..

 
\