BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 18, 2011

Aku sepasang kasut



Aku adalah sepasang kasut.. aku dilahirkan di sebuah kilang perusahaan.. malangnya aku tidak mengetahui dari mana asal usul dan juga tarikh lahirku... setelah itu aku dihantar ke sebuah kedai untuk dijual dan diberi nama MAXS.. aku tidak ingat berapa lama aku telah berada di kedai kasut tersebut...

Pada suatu hari bermula lah kisah aku bersama tuan baru ku... pada hari itu jugalah aku memulakan servisku... Al-kisahnya... tuan aku telah membeli aku dengan harga RM 39.90... Mahal juga hargaku... beliau membeli aku kerana kaki beliau telah teruk melecet disebabkan memakai rakanku (kasut bertutup) semasa seminar... hampir setengah hari memakai kasut bertutup itu (nama tidak dikenali), beliau tidak mampu menanggung azab sengsara kerana merasakan kaki beliau tidak mampu bernafas... justeru itu, beliau terus mengajak temannya ke kedai.. setelah membayar nilai harga yang ditetapkan, beliau terus memberitahu kepada tuan kedai untuk memakai aku segera....

Setelah menyarungkan aku ke kaki tuan baru ku, terdengar pujian-pujian yang agak membuatkan aku riak seketika... beliau memujiku sangat selesa untuk dipakai dan cantik walaupun aku tau beliau beberapa kali tersadung/terjatuh disebabkan bentuk fizikalku seperti terompah... Mungkin masih belum serasi, pikirku...

Hari ini sudah genap 2 bulan aku memberi perkhidmatanku kepada beliau... ke mana saja beliau memakaiku even ke pejabat... ada juga kawan2 sepejabat yang memerli beliau memakai terompah... akan tetapi beliau pekakkan mata, buta kan telinga kerana kasih sayang beliau terhadapku... rakanku Vincci yang harganya berlipat kali ganda daripadaku pon tidak dijadikan pilihan... Aku bangga... akan tetapi, kerana terlalu berkerja keras, aku semakin uzur... Bahagian bawah badanku tertanggal dan aku terdengar tuan aku mengeluh kerana tidak sanggup melihat aku rosak... Aku terpaksa menerima kenyataan bahawa riwayat hidupku hanyalah sampai di sini... inilah kisah hidupku sepasang kasut... sekian...



p/s : kalo buat karangan macamni masa skolah rendah agak-agak dapat A+ tak? hi hi hi.. mesti korang ingat aku kepala weng kan kan... hakhak


29 comments:

Yuni Aisyah said...

kesian kasut..bila dah rosak dcmpak cntu aje..hehe

ozzy said...

salam..

Teringat cerita sepasang kasut filem iran..

Kech Hidayah said...

hehehe.i punya kasut yang dah tak elok semua bersemadi dalam rak kasut.bila rosak sayang lak nak buang.mesti pasang niat nak baiki.tapi alih2 duk je berhabuk dalam rak kasut bertimbun2.

Muslimah Optimis said...

hehehe.. memang teringat karangan masa zaman sekolah rendah..karangan apa biografi kot..hehe

Marlina Roslee said...

Tibe2 t'ingt karangan mase wktu skolah rendah dlu...Huhuhu..

@fitridzulkifli said...

wahhh. kasut tu sedikit nk sama ngan adik sy punya. wakakakaka..

shekechik said...

huhu..nk suh beli yg baru 2..hehe

Wahidah said...

wah entry pesal kasut da...blogwalkinggg

Mario said...

kesian le kasut tu,,,,cuba tukar tapak dia...mesti dia suka...ekeke

Sang Gabriel said...

teringat jugak dulu ada buat karangan aku sepasang kasut..haha.menggamit memori dulu.cis

eZmALiZa said...

lame xdgr cerita pasal karangan autobiografi... :))

nice one.. :D

Woofer Storm said...

heheeee layan je la,tringat time krgn skolah rndah..heee

follow sni^^

almutarjimah said...

:) memang boleh dapat A untuk paper karangan upsr hehe kesian kasut.

Roxy zai said...

serius teringat karangan dulu2..hahaha..hadoi=p

cian kasut tu..g cri kasut bru cpt..=p

eikasyaza said...

saya dah stapler bwh tapak kasut yg nk tertanggal tue...sekian.... muahahahampesss

myssmie said...

hahaha...rosak dah?
p la pinjam terompah tok ngah dah~

KUREKURE COMEL said...

alololo...ni alasan nk beli selipar baru ke....nak suruh blanje ni...hakhakhak

Rash said...

SYABAS =)) membuat sy ter'huhuhu' di mlm hari..

anamizu said...

habis madu,kasut dibuang..hik3

recent post : |lubang hidung???|

Unknown said...

da besar kan.mana boleh kecil balik.

shaukimaravilla said...

nice sgt story mory ni =)

Unknown said...

kenapa menjadi kasut..? hehehe

lina@home sweet home said...

selamat beristirahat kasut :)

Syuzana Abd Halim said...

memang kalu time exam...soalan karangan ni la yg syu pilih nak jawab...hahaha...teringat zaman skolah dulu~~

muslim said...

teringat zaman sekolah rendah..siap fail agwat tajuk ni..

ayisy said...

Dulu masa sekolah rendah, paling semangat nak tulis karangan biografi macam ni. Huhuhu...

puteri ain said...

teringat masa sekolah rendah..
karangam macam ni selalu jadi pilihan..hehe

Lina_Lin said...

hehe..mmg gitu lah nasib sepasang kasut kan...

Anonymous said...

hihihihi....suke2 bace cite ni...ingt kisah dulu2 mase zman skolah

 
\