BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 18, 2011

Aku sepasang kasut



Aku adalah sepasang kasut.. aku dilahirkan di sebuah kilang perusahaan.. malangnya aku tidak mengetahui dari mana asal usul dan juga tarikh lahirku... setelah itu aku dihantar ke sebuah kedai untuk dijual dan diberi nama MAXS.. aku tidak ingat berapa lama aku telah berada di kedai kasut tersebut...

Pada suatu hari bermula lah kisah aku bersama tuan baru ku... pada hari itu jugalah aku memulakan servisku... Al-kisahnya... tuan aku telah membeli aku dengan harga RM 39.90... Mahal juga hargaku... beliau membeli aku kerana kaki beliau telah teruk melecet disebabkan memakai rakanku (kasut bertutup) semasa seminar... hampir setengah hari memakai kasut bertutup itu (nama tidak dikenali), beliau tidak mampu menanggung azab sengsara kerana merasakan kaki beliau tidak mampu bernafas... justeru itu, beliau terus mengajak temannya ke kedai.. setelah membayar nilai harga yang ditetapkan, beliau terus memberitahu kepada tuan kedai untuk memakai aku segera....

Setelah menyarungkan aku ke kaki tuan baru ku, terdengar pujian-pujian yang agak membuatkan aku riak seketika... beliau memujiku sangat selesa untuk dipakai dan cantik walaupun aku tau beliau beberapa kali tersadung/terjatuh disebabkan bentuk fizikalku seperti terompah... Mungkin masih belum serasi, pikirku...

Hari ini sudah genap 2 bulan aku memberi perkhidmatanku kepada beliau... ke mana saja beliau memakaiku even ke pejabat... ada juga kawan2 sepejabat yang memerli beliau memakai terompah... akan tetapi beliau pekakkan mata, buta kan telinga kerana kasih sayang beliau terhadapku... rakanku Vincci yang harganya berlipat kali ganda daripadaku pon tidak dijadikan pilihan... Aku bangga... akan tetapi, kerana terlalu berkerja keras, aku semakin uzur... Bahagian bawah badanku tertanggal dan aku terdengar tuan aku mengeluh kerana tidak sanggup melihat aku rosak... Aku terpaksa menerima kenyataan bahawa riwayat hidupku hanyalah sampai di sini... inilah kisah hidupku sepasang kasut... sekian...



p/s : kalo buat karangan macamni masa skolah rendah agak-agak dapat A+ tak? hi hi hi.. mesti korang ingat aku kepala weng kan kan... hakhak


Saturday, January 15, 2011

Rumah Orang + Kucing

Rumah saya kat kampung ada 11 ekor kucing (semasa).. sebelum nie ada 13 tapi 2 dah meninggal... diorang selalu :

Makan sama-sama



Tido sama-sama



Kejar tupai pon sama-sama


Mangsa pembunuhan terkini diorang

Sekian dilaporkan.

p/s : rindu plak ngan sekor kucing nie.. dulu2 masa kecik2 ada sekor kucing ni slalu tido ngn i... time subuh je mesti dia jilat2 jari kaki kejut bangun... xyah pakai jam loceng ;(


Monday, January 10, 2011

Info Hari Ini

Salam... hari nie ada maklumat tang sangat berguna and i rasa wajiblah berkongsi dengan anda semua... jeng.. jeng... info ni officemate i yang bagi masa dia p seminar yang dianjurkan JAKIM. kalau berkaitan dengan JAKIM mestilah bab halal haram kan.. Info yang i nak share pon berkaitan dengan itu iaitu maklumat lemak oink oink dalam makanan kita.. Seperti yang korang tau, setiap ingredient dalam makanan ada codec tersendiri..

So, Emulsifiers E-codes For Pig Fat are :

E 100, E 110, E120, E 140, E 141, E 153, E 160, E 161, E 210, E 213, E 214, E 216, E 234, E 254, E 270, E 280, E 300, E 301, E 325, E 326, E 327, E 334, E 335, E 336, E 337, E 422, E 430, E 431, E 432, E 433, E 434, E 435, E 436, E 440, E 441, E 470, E 471, E 472, E 473, E 474, E 475, E 476, E 477, E 478, E 481, E 482, E 483, E 491, E 492, E 493, E 494, E 495, E 542, E 570, E 572, E 361, E 635, E 904, E 920

Kod-kod tersebut kebanyakkannya terdapat di dalam keropok, gula-gula dan sebagainya....
huhu... lepas ni kita pakat-pakat bawak list time beli barang ye...xmo la makan makanan yang ade lemak

Kang kena samak segala usus perut... hehe

Friday, January 7, 2011

Dunia Kini

BINATANG




MANUSIA!



Jelaskan perbezaannya??? hmm... dunia akhir zaman

Thursday, January 6, 2011

Untuk yang dah berkahwin!

Soalan suka-suka... Tidak ada kaitan antara yang hidup atau yang sudah meninggal dunia atau yang tengah tenat atau yang sihat walafiat atau dan atau lagi... hehe... .
Soalan saya adalah :

(i) Lepas kahwin korang prefer dok rumah sendiri @ rumah mertua?
(ii) Lepas kahwin, korang lebih suka kereta biasa @ kereta SUV?
(iii) Lepas kahwin, korang selalu makan kat rumah ke kat luar?
(iv) Lepas kahwin, korang selalu tengok wayang tak?
(v) Lepas kahwin, masih rapat lagi tak dengan adik-beradik yg lain?
(vi) Lepas kahwin, apa lagi eh... erm, xde dah

hah, jawab la...

selingan


Monday, January 3, 2011

Kain Sulam (Saya budak baru belajar)

Assalamualaikum... ish... malu sebenarnye nie... tapi nak promot jugak lah... actually i dah lama merancang untuk try bisnes online... alhamdulillah akhirnya tercapai jugak.. So, nak promot la barang yang nak jual... ehem2.. Kain Sulam dari Indonesia... Contoh macam kat bawah nie :




Cantik kan?? Harga pon berpatutan.. Murah2 je (boleh survey kalo xcaye).. Kain pon sangat-sangat cantik dan lembut.. Erm, kalo berminat boleh ke blogshop i yang 1 lagi kat GREEN HOUSE ye... banyak lagi kain yang still available... Tolong support orang baru cam i ye.... hehe... Jom beli kawan2... (^_~)

BOLEH ADD I KAT FACEBOOK YE..........

EIKA'S SHOP
(for more photos)

Sunday, January 2, 2011

Tak Suka Perasaan Itu...

Penah tak korang kehilangan orang yang amat disayangi? macam ahli keluarga, sahabat atau kekasih?? i pernah... It's been 6 years that my father left me.. Kadang-kadang sampai sekarang pon tak boleh terima kenyataan.. But life must go on kan... i just nak share something... perasaan @ petanda yang i rasa sebelum arwah abah meninggal.. erm, 2004.. Masa tu i kat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang... about 30 days sebelum arwah meninggal, i memang rasa xselesa.. mata kiri i berkedip-kedip... orang dulu2 kata petanda nak nangis.. tapi tu semua kata orang tua, i xpecaya.. memang sangat2 xselesa.. Siap mintak kawan tolong tengokkan kelopak mata i.. dia cakap memang nampak bergerak2.. then, on 15 Januari, i ada kelas.. ntah macamana i tinggal handphone kat bilik.. selalu i bawak p kelas.. Memang masa dalam kelas tak boleh concentrate.. mcam di awangan.. tetiba ada lecturer datang kelas i bagitau ada orang nak jmp.. bergegas la i p.. then, nampak jiran2 kat kampung.. but still xdapat tangkap lg.. pastu, diorang bgtau mintak bersabar and inform my father dah xde... diorg mintak kemas baju.. terus lari ke bilik, on handphone then tengok ade 44 misscall from home...

On da way balik, i tak nangis.. setitik air mata pon xble kuar sebab terlalu terkejut.. i rasa macam berada di dunia lain... Sampai la i sampai rumah n tengok ramai orang... then, bila tengok my mom, i terus je nangis.. sebak teramat sangat... smp masa diorang dah kafan n mintak ahli keluarga cium pon, i xmampu... i memang xtengok arwah sebab xsanggup n xboleh trima... i takut xnak lepaskan arwah.. lepas tu berminggu jugak la i takde selera makan.. hmm... Mungkin semuanya adalah kebetulan, tapi lepas tu i jadi fobia... bila mata kiri berkedip i dah jadi risau and takut... Ntah la... Semalam pulak pak cik (adik arwah abah) i meninggal.. 2-3 hari sebelum tu pon i asyik teringat kat arwah pak cik i... sebelum balik kampung, i dah terpikir nak bawak my mom p jenguk2 diorang.. tapi, xsempat tetiba arwah dak xde... tak sukanya keadaan macam ni... even hanya kebetulan, i still fobia... hmm...

Karam Singh Walia Hina Melayu!

video
credit to : !!! Syoknya Download Daily Update !!!

huish... panazzz... Cerita hangat Karam Singh Walia dikatakan hina Melayu.. Beliau menyatakan bahawa Melayu bukan berasal dari Malaysia tetapi adalah pendatang... Korang tengok sendiri la senang... Takmo cakap panjang... hehe...

notakaki : tapi kan, bagi i.. Karam Singh Walia bukan berada di dalam keadaan yang waras (diorang kata dia mabuk)... Dia dah mintak maaf.. Siap nak sujud kaki lagi... Dah2 la tu... Siap minta payung 1 kedai plak tu..xkena tu bro... tapi len kali beringat la.. Jangan sentuh isu sensetif tu.. Cakap siang pandang-pandang... Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa ( sila baca sambil buat gaya Karam Singh Walia ).. Sekian laporan terkini daripada saya yang busybody... hehe..

Apa kata korang ye??? (^_~)

 
\