BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Friday, May 21, 2010

Jom Layan Anak Amy Search Main Drum

Alahai, tengah-tengah malam layan youtube terjumpa plak video klip nih.. layan je la eh.. tapi perlu kah kita salute atau perlu kah kita mengucap panjang.. ikut persepsi masing-masing yerk.. Diharapkan bapak budak ni iaitu Amy Search tak lupa ajar dia mengaji/membaca Al-Quran.. Hmm, masa video ni published, budak ni baru darjah 2 kot.. Apa pendapat korang??



Saya Sayang Geng Blogger


Extreme kah tajuk di atas?? haha.. Masuk hari ni dah 3 hari kot join Geng Blogger.. hahaha.. macam rusa masuk kampung jap.. terkebil-kebil nak explore.. tapi suka lah.. sebab seriously membantu dalam meningkatkan trafik blog. Boleh jugak berkenalan dengan blogger-blogger yang lain. Walaupon tak habes lagi mentelaah Geng Blogger tu, i nak jugak ucapkan ribuan terima kasih kerana mewujudkan 1 komuniti di mana blogger-blogger dapat berkumpul.. cheewwwaahhh...
So, nak mintak tunjuk ajar blogger-blogger lain yang dah lama berkecimpung dalam dunia blog ni untuk membantu la newbie macam i ni kan.. sebab i harap 1 hari nanti blog i akan dikenali ramai. Biasa la manusia, tak kan cukup dengan apa yang ada. tak bermakna i tak bersyukur, tapi cuma nak meningkatkan prestasi diri.. So, thanks again... {menulis dengan perasaan terharu..waahhh}

Thursday, May 20, 2010

Jangan Diuji Kesabaranku

Entry Emo!!!

Korang pernah x berhadapan dengan keadaan di mana, korang dah give up dengan orang bawahan yang tak sedar diri dan degil tak nak dengar cakap nak mampos. Pening tau, sampai tak boleh nak terima teguran daripada orang lain langsung. i tau yang i memang muda and baru je masuk keje, tapi tak kan benda tu boleh dijadikan alasan yang i tak boleh marah @ tegur kesalahan dia. bangang ke apa?? menyampah tol. even, i memang hormat and susun ayat kalau nak bagi teguran. habis polite dah. kenapa orang lain boleh dengar & ikut, kenapa dia tak?? i felt like i'm useless kalau dia tak boleh nak berubah. i mean, in working matters la. hal peribadi lantak ko la.. Kalau datang keje, pagi tue, asyik bersembang je kuk kik kuk kik dengan budak praktikal sampai kan keje yang dibuat salah.
Hai, tak tau nak buat apa lagi dah. Camne orang nak bagi cemerlang kalau macam tu?? Muhasabah diri tu sikit. Buat la keje betul-betul dulu, biar orang atasan nampak kesungguhan kita, baru la dapat kepercayaan. Bengang tau tak !!!!!!!!!!!!


♥ Tag Oh Tag ♥

Hehe.. kena tag lagi oleh Kak Jieda.. sebelum tag hari nie bertukar jadi hutang tag, baiklah sekiranya aku selesaikan secepat mungkin.. bapak malas gila

1. Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
Putus sohabat..haha..setiap perbuatan ada pembalasan. Kejam x? i loike ♥ ♥ ♥

2. 6 orang dihati anda
erm, hubby, abah, mak, adik - adik, mama and anak2 sedaraku yang comey lotey

3. Anda rasa anda comel?
comelkah? tak kot.. tapi orang len kata i comel.. orang len la kata.. bukan i okei :P

4. Single or taken?
Shhhhh.. already taken..heeh

5. Blog yang anda suka?
Banyak la.. mati gue nak senarai semua

6. Adakah bilik anda kemas setiap hari?
sudah tentu------------------------------------------------------------------> TIDAK!!!!!!!

7. Lagu terakhir yang anda dengar?
Hujan - Pelita

8. Last text message?
From my hubby (awat? tepon ka? xdgq tadi)

9. Last phone call?
Kak Wawa..my officemate

10. Hari terakhir anda menangis?
Episode last Adamaya.. touching yaawww..opppss

11. List lima kaler favourite anda
Hijau lumut, hijau muda, hijau terang, hijau pucuk pisang and hijau gelap..haha

12. Orang terakhir anda ber YM
Radziah.. tgh pomot dynamo 10kg.. RM 65.. nak??

13. Game paling anda suka
Ape eh, Sally Saloon kot

14. Adakah anda peminat MCR?
Apakah?

15. Apa perasaan anda jawab tag ni?
Adey, penatnye..

16. Anda rasa tag ni best?
Ntah. No comment..paham2 sendiri

17. Tag lagi 10 orang
Gila ramai.. tak nak la.. punya la malas tahap dewa nak tag org..haha

Gaji 600,000 kakitangan awam disemak

KUCHING: Kira-kira 600,000 kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan Satu dan Dua dijangka akan menerima durian runtuh apabila kerajaan difahamkan sedia menyemak tangga gaji mereka bagi membolehkan pendapatan melebihi RM40,000 setahun. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, berkata berdasarkan Model Baru Ekonomi (MEB), kerajaan menetapkan pendapatan rakyat di negara perlu melepasi AS$15,000 (RM48,000) dan sebagai permulaan semakan gaji kakitangan dilakukan.

Katanya, semakan ini membabitkan cadangan penghapusan kelayakan akademik Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Rendah Pelajaran (SRP) berikutan ia dinaikkan kepada sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). “Ini bermakna kakitangan Kumpulan Sokongan Satu dan Dua seperti pemandu, pembantu tadbir rendah, tukang masak, atendan haiwan, penolong jururawat akan menikmati kenaikan gaji sekali ganda atau sekurang-kurangnya RM1,500. “Mereka yang mahu menyertai perkhidmatan awam selepas ini perlu memastikan memiliki kelayakan sekurang-kurangnya SPM seperti diperkenalkan polis baru-baru ini melalui skim pengstrukturan mereka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Berita penuh di sini

p/s : Hmm, bagus la macam tu.. at least boleh membantu mereka yang mempunyai tanggungan yang ramai. Hehe.. Sebab aku pon terlibat..lalala.. Kalau macam tu, diharap kakitangan kerajaan meningkatkan prestasi masing - masing ye..

Wednesday, May 19, 2010

Bung Mokhtar dipenjara sebulan kerana berpoligami tanpa kebenaran

wah.. terkejut baca paper hari nie.. Bung Mokhtar kena penjara!! Kenal tak? Ala.. Yang kawen ngan pelakon putih melepak tu + seksi habes Zizie Ezzete. See, even Ahli Parlimen pon tak boleh lari dari dikenakan tindakan undang-undang. Nak buat macamana.. mungkin 1st wife tak izin tapi dah nak kawen gak kan. Tapi Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad bagaimanapun dah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu terhadap Bung Moktar. Bung Moktar dibebaskan dengan jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin. Same to Zizie.. Dia pon kena gak denda RM 1000. Anyway, bagi i, tindakan ini baik la untuk membuka mata masyarakat Malaysia atas hukuman berpoligami tanda kebenaran. Ye la.. walaupun seseorang lelaki itu mampu dari segi nafkah zahir dan batin, takut jugak berlaku ketidakadilan @ berat sebelah la. Apa pon, diorang dah selamat nikah dah pon. Moga bahagia hendaknya.
Hmm, macam-macam eh artis kita sekarang nih..

Untuk cerita yang lebih lanjut, sila ke sini..


pic credit to encik yahoo

Friendly Award

Salam yaaww! hehe happy hari nie sebab kena marah.. eh, kena marah pon happy?? yep, memang la sebab sebelum ni xpenah kena marah ngan 2nd bigboss. so, lupa diri jap.. kadang -kadang kena marah tu perlu untuk mengingatkan diri kita supaya menjadi lebih baik dan berhati-hati.. dah dah, learn from mistake aje la.. okei.. ari ni dapat award lagi from cik neyshak (geng adamaya) and cik aesya yang membuat award neh..thanx u very much okei.. sangat sangat cantik dan colourful..

so, ni awardnye..



dah dpat award ni ,mestila de sesi soal jwab..

(1) Suka melukis tak ?
sangat sangat la suka walaupon xde talent..haha


(2) Bosan2 suka buat apa ?
surf internet n tido.. i loike


(3) Kenapa siput babi berjalan lambat ?
sebab dia cool

(4) Cute tak org yg bagi award ni ??
ehem2.. org yg bagi award ni cute n kami geng adamaya (tol x???)

Dengan ini diumumkan 5 orang penerima award dan

penjawab tag yang seterusnya..

alala..malas plak nak tag..huhu



 
\