HIKMAH JANGGUT DI SEBALIK SUNNAH RASULULLAH SAW
Sabda Rasulullah SAW;
”Cukurlah misai dan peliharalah janggut.”
(HR. Muslim)
Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.
Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah dalam satu ceramahnya mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.
Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.
SUBHANALLAH!!!!
Caranya bagaimana? Hanya melalui SENTUHAN. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana terdapatnya masalah kesuburan pada pihak wanita, ataupun jarak kelahiran setiap orang anak mahu dirapatkan, mintalah suami menyimpan janggutnya, dan belailah selalu janggut suamimu itu. InsyaAllah dengan izin Allah.
Ini sekaligus menjadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya. Subhanallah!
Sumber: asyrafasnawi.com
p/s : ye ke nih??? En. Hubby.... sila la simpan janggut panjang2.. misai xmo.. hihihi
1 comments:
memang janggot sejempot tu encem! hehe! tak sangka ada hikmah di sebaliknyaa...
Post a Comment