BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 18, 2011

Kelar bayi dalam asrama

BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.

“Terdapat sekurang-kurangnya tujuh kesan kelaran pada belakang tubuh, leher, tangan, rusuk selain perut bayi itu sehingga menyebabkan isi perut terburai.


MAUT...anggota polis membawa mayat bayi perempuan yang dikelar ibunya.

Sumber : Mymetro

p/s :memang zalim.. dunia akhir zaman... makin menghampiri kiamat apabila zina berleluasa.. kalo xnak anak tu bg je kt i... adey...

7 comments:

n-ya said...

kejam dan bodoh nya manusia nih...sggup kelar baby...ish..

edaes said...

sampainya... hati.. Smoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kpd sipelaku

sophietarmizi said...

sian kat baby tu....banyak sgt hal2 mcm tu skang....huhuhu

gilaweb said...

dush dush dush!!!!!sial punya manusia!

Unknown said...

sgt2 kjam....ksian..

Miss Meen said...

huhuhu
xda perasaan kan mereka neyh
k0t yaa pun...serah diri sudah lah
seram laaaaa
tgk anak kucing kena langgar pun seram
neyh pulak manusia weiii

eikasyaza said...

waa...korang tgk x gmbar baby tu dlm paper @ fb?? ngeri kan... i terpksa hide story sbb terlalu sedih nk tgk :(

 
\