Aku adalah sepasang kasut.. aku dilahirkan di sebuah kilang perusahaan.. malangnya aku tidak mengetahui dari mana asal usul dan juga tarikh lahirku... setelah itu aku dihantar ke sebuah kedai untuk dijual dan diberi nama MAXS.. aku tidak ingat berapa lama aku telah berada di kedai kasut tersebut...
Pada suatu hari bermula lah kisah aku bersama tuan baru ku... pada hari itu jugalah aku memulakan servisku... Al-kisahnya... tuan aku telah membeli aku dengan harga RM 39.90... Mahal juga hargaku... beliau membeli aku kerana kaki beliau telah teruk melecet disebabkan memakai rakanku (kasut bertutup) semasa seminar... hampir setengah hari memakai kasut bertutup itu (nama tidak dikenali), beliau tidak mampu menanggung azab sengsara kerana merasakan kaki beliau tidak mampu bernafas... justeru itu, beliau terus mengajak temannya ke kedai.. setelah membayar nilai harga yang ditetapkan, beliau terus memberitahu kepada tuan kedai untuk memakai aku segera....
Setelah menyarungkan aku ke kaki tuan baru ku, terdengar pujian-pujian yang agak membuatkan aku riak seketika... beliau memujiku sangat selesa untuk dipakai dan cantik walaupun aku tau beliau beberapa kali tersadung/terjatuh disebabkan bentuk fizikalku seperti terompah... Mungkin masih belum serasi, pikirku...
Hari ini sudah genap 2 bulan aku memberi perkhidmatanku kepada beliau... ke mana saja beliau memakaiku even ke pejabat... ada juga kawan2 sepejabat yang memerli beliau memakai terompah... akan tetapi beliau pekakkan mata, buta kan telinga kerana kasih sayang beliau terhadapku... rakanku Vincci yang harganya berlipat kali ganda daripadaku pon tidak dijadikan pilihan... Aku bangga... akan tetapi, kerana terlalu berkerja keras, aku semakin uzur... Bahagian bawah badanku tertanggal dan aku terdengar tuan aku mengeluh kerana tidak sanggup melihat aku rosak... Aku terpaksa menerima kenyataan bahawa riwayat hidupku hanyalah sampai di sini... inilah kisah hidupku sepasang kasut... sekian...
p/s : kalo buat karangan macamni masa skolah rendah agak-agak dapat A+ tak? hi hi hi.. mesti korang ingat aku kepala weng kan kan... hakhak