BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, May 21, 2010

Bacalah Wahai Saudara-Saudara Islam ku

Bacalah... Tanda - tanda Kiamat

Anas Radhiallahu 'Anhu berkata, sabda Nabi S.A.W :

" Kiamat tidak akan berlaku sehingga........
Ilmu akan berkurangan
Zina berleluasa di mana-mana
Bilangan wanita semakin ramai (nisbah 1 lelaki = 50 wanita)

Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim

Saidatina Aisyah Radhiallahu "Anha berkata, sabda Nabi S.A.W :

" Kiamat tidak akan berlaku sehingga........
Anak menjadi punca kemarahan ibu bapa
Hujan akan rasa panas
Orang jahat semakin ramai
Orang berhati/berakhlak mulia semakin berkurang
Kanak-kanak berani derhaka kepada orang tua-tua
Orang yang rosak akhlak sudah berani mencabar orang mulia

Hadis riwayat Imam Tabrani


Rasanya hampir kesemua perkara-perkara di atas sedang berlaku dan tidak akan berhenti sehingga kiamat. Zina?? Tidak terbilang kes-kes yang dilaporkan. Yang tidak dilaporkan?? Lagi la banyak sehingga tak dapat difikirkan dek akal. Zina jugak lah yang menjurus kepada pembuangan anak luar nikah yang bilangannya kian bertambah. Selalu aku ku fikirkan, kalau lah Allah memberikan anak-anak itu kepadaku, akan aku jaga sebaiknya mengikut kemampuanku. Tapi aku redha dengan ujian Tuhan Maha Esa. Ada hikmah disebaliknya.
Setiap perkara yang disebutkan di atas sudah terang dan nyata dengan bukti-bukti di dalam akhbar dan ada juga sesetengah perkara yang berlaku di hadapan mata kita sendiri. Anak sendiri sanggup mencedera/membunuh ibubapa sendiri. Kerana apa? kerana bisikan syaitan yang meminta berbuat sedemikian. Astagfirullah.. Sedarlah anak-anak, syurga di bawah telapak kaki ibu.
Aku bukan lah baik, terlalu jauh dari sempurna untuk menasihati kalian saudaraku, cuma ingin berkongsi apa yang aku baca.. Masih jauh lagi perjalanan dan masih banyak lagi ilmu dan amalan yang perlu dicari untuk dibuat bekalan kelak. Oleh itu, mari lah kita berfikir sejenak.. Moga hidup kita diberkati dan dijauhkan segala yang mungkar. Amin..

0 comments:

 
\