BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 20, 2010

Gaji 600,000 kakitangan awam disemak

KUCHING: Kira-kira 600,000 kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan Satu dan Dua dijangka akan menerima durian runtuh apabila kerajaan difahamkan sedia menyemak tangga gaji mereka bagi membolehkan pendapatan melebihi RM40,000 setahun. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, berkata berdasarkan Model Baru Ekonomi (MEB), kerajaan menetapkan pendapatan rakyat di negara perlu melepasi AS$15,000 (RM48,000) dan sebagai permulaan semakan gaji kakitangan dilakukan.

Katanya, semakan ini membabitkan cadangan penghapusan kelayakan akademik Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Rendah Pelajaran (SRP) berikutan ia dinaikkan kepada sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). “Ini bermakna kakitangan Kumpulan Sokongan Satu dan Dua seperti pemandu, pembantu tadbir rendah, tukang masak, atendan haiwan, penolong jururawat akan menikmati kenaikan gaji sekali ganda atau sekurang-kurangnya RM1,500. “Mereka yang mahu menyertai perkhidmatan awam selepas ini perlu memastikan memiliki kelayakan sekurang-kurangnya SPM seperti diperkenalkan polis baru-baru ini melalui skim pengstrukturan mereka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Berita penuh di sini

p/s : Hmm, bagus la macam tu.. at least boleh membantu mereka yang mempunyai tanggungan yang ramai. Hehe.. Sebab aku pon terlibat..lalala.. Kalau macam tu, diharap kakitangan kerajaan meningkatkan prestasi masing - masing ye..

2 comments:

NurSya said...

btol3..tingkatkn prestasi..kualiti hasil pon bgus..slamat bekerja ye kak iekasyaza..heheh :)

eikasyaza said...

mekasih2 dik..hehe

 
\