BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, May 29, 2010

Susuk 'power' darah babi


KUALA LUMPUR: Demi nafsu, segolongan wanita dan lelaki sanggup mendapatkan bantuan bomoh untuk memasukkan susuk ‘power’ pada bahagian sulit masing-masing, malah sesetengah daripada mereka membiarkan diri ditusuk puluhan jarum supaya tampil lebih hebat di ranjang.

BUANG...seorang pesakit yang mendapatkan rawatan Perubatan Islam Sinar Zamdurrani.

Bagi golongan wanita terbabit, mereka percaya dengan kuasa yang ada pada susuk itu mampu menghasilkan kekuatan ekstra, manakala bagi lelaki pula dapat bertahan lebih lama ketika bersama.

Mendedahkan perkara itu, Pengamal Perubatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie, berkata pemakaian susuk kini bukan hanya untuk tujuan kecantikan, mendapatkan pengaruh di mata umum dan menjadi kebal, malah didorong kepuasan seksual.

Katanya, kebanyakan golongan yang memakai susuk pada anggota sulit membabitkan pelayan pelanggan (GRO), dengan tujuan menambat hati lelaki yang melanggani mereka.

“Bagi lelaki susuk pada anggota sulit supaya tahan lama dan lambat lebam, manakala di kalangan wanita untuk mendapatkan kemutan, malah ada juga wanita yang memasukkan susuk pada bahagian buah dada untuk kelihatan lebih tegang.

“Apabila benda itu dimasukkan pada bahagian sulit, keinginan seksual menjadi kuat, mahu bersama sehingga lima atau enam jam, terutama di kalangan GRO yang ramai memakainya,” katanya, yang pernah mengeluarkan susuk daripada bahagian sulit golongan terbabit.

Berita sepenuhnya : Harian Metro

p/s : Buat ape la nak pakai semua tu. bersyukur je la dengan pemberian Tuhan. Semua benda khurafat tu jauhkan la.. tak dapat ape pon kalo berdamping dengan jin tu.. adey la.. tak sangka ada lagi benda-benda camni zaman moden nih... mintak simpang la. takot wooo...

10 comments:

saya_arief said...

xde paedah langsung..
dapat dosa lagi.

eikasyaza said...

tu lah..tak pikir dosa pahala..

TTT said...

eee diorang xgeli ke (◕‿◕✿)
hehe

eikasyaza said...

tu lah..masukkan kat ttuuutt plak tu..yyuukkks

Anonymous said...

peh.. ade ye smpai camtu.. syukur j la apa ada..

nanad said...

ngeri la plakk..

ney said...

ish,macam2 la org sekarang,naty tak pasal2 je kalau mati bumi tak nak terima kalau tak tanggalkan~kan buat naye je,dapat 'nikmat' dunia,dapat malu lepas mati,dapat seksa kat sana naty....

Manja Chevera said...

roma naik seh baca ni benda2 mengarut! yew...

Mr. Asada said...

nak suruh bersyukur? entah reti ke tidak makna syukur dah asik ngn nafsu je. hahaha..

hope diorang bertaubat. jangan pulak kita terus menyisih orang camni dari bertaubat.. =)

eikasyaza said...

tu la.. kalo diorg insaf, kita wajib membantu..

 
\