BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, May 22, 2010

Spa peraga gadis bercoli

PETALING JAYA: Sebuah pusat spa dikesan mempamerkan gadis bertubuh montok yang hanya berseluar dalam dan bercoli bagi memikat pelanggan berkunjung dan melanggan gadis terbabit untuk memuaskan nafsu di dalam bilik yang disediakan.
Kegiatan licik pemilik terbabit terbongkar apabila pusat itu yang beroperasi di Sri Damansara di sini, diserbu awal pagi semalam.

Serbuan dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Kongsi gelap dan Perjudian (D7) Bukit Aman itu menahan 12 wanita warga China berusia 20 tahun hingga 25 tahun dipercayai pelacur.

Dua lelaki tempatan berusia 32 tahun dan 37 tahun dipercayai pengurus dan kapten spa terbabit turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Jurucakap polis berkata, hasil pemeriksaan, dua daripada wanita terbabit tidak memiliki dokumen pengenalan diri manakala selebihnya memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial.


Katanya, spa di tingkat tiga bangunan kedai itu dipercayai beroperasi sejak dua tahun lalu dikesan berselindung di sebalik perniagaan hotel.


Beliau berkata, dalam operasi berkenaan, polis turut menemui beberapa peket kecil serbuk dadah dipercayai syabu digunakan wanita terbabit.

“Spa yang terletak dalam sebuah hotel itu tidak mempunyai lesen, malah menawarkan khidmat seks lima bintang kepada pengunjung hotel di situ.

“Pengunjung yang menginap di hotel berkenaan boleh menempah wanita di spa terbabit manakala pengunjung spa hanya perlu membayar RM208 bagi mendapatkan khidmat seks di 10 bilik yang disediakan,” katanya.

Jurucakap polis berkata, semua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bagi tindakan selanjutnya.

Mesti Baca : Makin menjadi-jadi.. Dunia akhir zaman la katakan. Anyway, masa i jadi panel untuk star rating hotel, i ada la inspec 1 hotel nie. nama dirahsikan eh, then kena inspect semua tempat la. contoh kantin, cafe, toilet etc. next, sampai kat pusat urut tradisional yang hotel outsource tu, i masuk la kat dalam. tukang urut tak de, just tokey je.. masuk tengok tempat urut, agak mencurigakan sebab tilam diletak atas lantai, pencahayaan kurang and banyak minyak cam baby oil tu. kalau betul la urut tradisional, mesti pakai minyak panas bagai kan.. Hmm, tapi premis tu berlesen.. I rasa curiga plak.. Adey..

Petikan : SUMBER

6 comments:

Kancilbiru said...

macam2 hal malaysia sekarang ni...

eikasyaza said...

tu la kan.. hmm...susah ati..

sarah shafie said...

giler r..mcm tu pn ade ke??

eikasyaza said...

ade wooo... jgn xtau..hehe

aizatshafiq said...

macam-macam la sekarang nie...

kalau boleh semua nak tayang...

eikasyaza said...

Tu la..patut, tak de rasa malu dh kot..totally western dah

 
\